Keluarga Utama Keluarga_Hyuga

Hyuga Hanabi

Merupakan anak perempuan kedua Hyuga Hiashi, maka ialah adik perempuan Hyuga Hinata. Hanabi bermaksud 'bunga api'. Apabila Hiashi berbincang dengan Kurenai tentang Hinata, dia mengatakan bahawa Hinata lebih lemah daripada Hanabi yang berusia lima tahun lebih muda. Hal ini menunjukkan bahawa Hanabi mempunyai bakat yang lebih tinggi daripada Hinata pada peringkat usia tersebut. Hanabi kelihatan sangat menurut kata dan pendiam di hadapan ayahnya.

Hyuga Hiashi

Merupakan saudara kembar kepada Hyuga HIzashi tetapi dilahirkan dahulu. Maka, Hiashi dimasukkan ke dalam keluarga utama.

Hiashi mempunyai dua orang anak perempuan, Hyuga Hinata (anak sulung) dan Hyuga Hanabi (anak bongsu). Hinata, sebagai anak sulung, ialah waris kepada Keluarga Hyuga. Tetapi, Hiashi lebih menyayangi Hanabi kerana dia lebih kuat daripada kakaknya. Apabila Hinata menjadi Genin, Hiashi mengatakan bahawa Hinata tidak bernilai dan meletakkan nyawanya dalam tangan Yuhi Kurenai. Dia juga meletakkan tanda sumpahan pada dahi anak saudaranya, Hyuga Neji.

Apabila Hiashi membunuh seorang shinobi dari Kumogakure yang cuba menculik Hinata untuk memperoleh rahsia Byakugan, Kumogakure meminta badan Hiashi sebagai 'ganti rugi' seperti yang dinyatakan dalam rundingan keamanan. Adik Hiashi, Hizashi, menawarkan diri untuk dibunuh lantas menyelamatkan nyawa abangnya. Hiashi tidak menyetujui Hizashi mengorbankan dirinya dan meninggalkan anak lelakinya keseorangan. Tetapi, Hizashi memengsankan Hiashi dengan satu pukulan dan berkata, "Saya tidak melakukan ini sebagai ahli keluarga bawahan tetapi kerana kita adik-beradik." Hiashi kemudiannya bercadang untuk tidak memaklumkan Neji tentang peristiwa sebenar sehinggalah apabila dia berasa Neji sudah cukup tua untuk menerima hakikatnya. Hiashi memberitahu perkara yang sebenarnya selepas kekalahan Neji kepada Uzumaki Naruto dalam Ujian Chunin.

Hiashi turut membantu mempertahankan Konoha semasa diserang oleh ninja dari Sunagakure dan Otogakure. Dia menghadang semua ninja lawan yang berani mendekatinya. Kemudian, dia mengatakan bahawa keluarga Hyuga ialah keluarga ninja yang terkuat di Konoha. Sebelum itu, ninja-ninja lawan tidak percaya bahawa Hiashi seorang mampu menewaskan mereka yang hadir dalam bilangan yang besar.

Hiashi sedar bahawa hubungan silaturahim yang rapat antara ahli keluarga adalah penting bagi menjamin perpaduan keuda-dua bahagian dalam keluarga Hyuga. Dia berkeputusan untuk melatih anak saudaranya, Neji. Sehubungan itu, Hiashi telah melanggar pantang larang dalam keluarga Hyuga iaitu tidak membenarkan ahli keluarga bawahan mempelajari rahsia sebenar keluarga Hyuga.

Hubungannya dengan Hinata juga bertambah baik walaupun Hinata masih bersikap malu dan Hiashi masih terlalu tegas terhadap anaknya.

Hyuga Hinata

Lihat artikel utama Hyuga Hinata